Wednesday, 27 May 2015

Lukisan hati, hanya kau yang tahu

Kekadang rasa diri ini seperti hanya alat untuk kesenangan diri kau,
Kekadang rasa diri ini hanya untuk tempat mengisi kebosanan kau,
Hati ini terasa macam barang yang time kau nak, kau ambil..
Time kau tak nak, kau biar kan terbiar macam tu saja...
Kekadang terasa seperti kau masih perlukan ex kau dari aku,
Kekadang aku rasa diri ini hanya boneka,
Yang boleh kau buat sesuka hati,
Diri ini langsung tak terasa disayangi dicintai dan hargai,
Segala nya terasa kosong belaka,
Adakah ini ujian dari Mu Allah..
Aku redha untuk terus tabah menharungi dugaan ini,
Walaupun kekadang hati ini meronta untuk putus asa sahaja ,
meronta untuk pergi dari kau
rasa macam aku undur diri tu lagi baik
                                 .........................
Diri ini kekadang rasa sangat lemah,
Kekadang diri ini hanya terasa seperti hanya bertepuk sebelah tangan,
Terasa macam diri ini langsung tidak dihargai,
Terasa macam tak layak untuk diri nya,
Terasa diri ini kerdil sangat jika hendak digandingkan dengan kau ,
Terasa macam jauh sangat perbezaan kau dan aku,
 
Aku tak mintak lebih dari kau,
Yang aku mahu diri ini
Dihargai
Disayangi
Dicintai
Dengan selayak nya...

No comments: